Monday, 29 August 2016

Langkah Menyediakan Tanaman Fertigasi

Salam.

Pada posting kali ini, kita akan bercerita tentang proses menanam tanaman iaitu cili dengan menggunakan kaedah Fertigasi. Seperti yang kita sedia maklum, menanam tanaman dengan kaedah Fertigasi mempunyai banyak kelebihannya seperti kerja penjagaan yang lebih mudah berbanding dengan kaedah lain. Selain itu hasil tuaiannya juga lebbih baik berbanding kaedah lain.

Antara langkah-langkah penanaman tanaman terutamanya cili dengan menggunakan kaedah Fertigasi adalah seperti berikut;

1. Menyemai biji benih
Biji benih yang hendak disemai perlulah direndam dan dirawat dengan racun serangga terlebih dahulu. Biji benih ini dipilih dan diambil dari baka yang baik dan resisten pada penyakit. Selain itu, peralatan dan bahan untuk menyemai biji benih juga perlulah bersih dan bebas daripada penyaki

                                                2. Anak benih yang telah bercambah.


 Kelihatan anak benih yang telah bercambah selepas 5 hingga 7 hari selepas disemai dalam tray semaian.

3. Anak benih yang sudah matang dan boleh dipindahkan ke beg politin
 Anak benih yang sudah matang dan boleh dipindahkan masuk ke beg politin setelah berusia 21 hari

4. Memindahkan anak benih ke dalam beg politin
 Proses memindahkan anak benih ke beg politin perlu dilakukan dengan teliti supaya akar anak benih tidak tercedera atau putus.

 Selepas anak benih dipindahkan ke dalam beg politin ianya perlu disiram terus bagi memberi kelembapan yang secukupnya kepada anak benih tersebut.


5. Membuat tapak dan penyambungan paip 
 Kerja penyambungan sistem perpaipan perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan pembaziran dan kebocoran



 6. Menyambung mikro Tiub
Kerja penyambungan mikro tiub juga dilakukan dengan teliti supaya tidak bocor dan memastikan tanaman pokok cili boleh mendapat titisan air baja yang mencukupi.

 7. Sistem Fertigasi yang sudah Siap


8. Kelihatan anak pokok cili tumbuh dengan subur membuktikan kejayaan sistem Fertigasi lebih baik dari sistem tanaman yang lain.


 9. Pokok cili yang berusia satu bulan 2 minggu

 10. Pokok cili yang baru berusia 28 hari selepas penanaman dengan kaedah Fertigasi

11. Pokok cili dapat tumbuh dengan subur tanpa kerja-kerja penjagaan yang rumit seperti merumput, menyiram, membaja dan sebagainya.

Sesungguhnya kaedah menanam tanaman dengan sistem Fertigasi ini amat mudah dan menjimatkan ruang. Ianya sesuai dilakukan di hamalan rumah dan tidak memerlukan kerja penjagaan yang rumit.


Monday, 15 August 2016

Cara membeli atau memesan peralatan Fertigasi

1. Pilih Produk



2. Hantar Order melalui 
Email/SMS/Whatapps ke
jkjohin@yahoo.com/0135603122




3. Confirmkan Barang
yang Dipesan 
berserta Harga




4. Bankin ke 
Maybank




5. Barang akan
Dihantar

Sunday, 14 August 2016

Peralatan utama Sistem Fertigasi.





Salam,

Ramai yang ingin bertani atau bercucuk tanam menggunakan kaedah atau sistem Fertigasi setelah menyedari banyak kebaikannya. Antara kebaikan yang sering disebut-sebut oleh mereka yang mengusahakan pertanian mengunakan kaedah ini adalah menjimatkan ruang, hasil yang lumayan, penjagaan yang amat kurang dan banyak lagi.

Bagi yang berminat untuk menguasakan tanaman menggunakan kaedah ini, di sini diposkan beberapa peralatan yang menjadi bahan utama untuk menjayakan sistem ini. Antaranya adalah;

Poly Tank 
Baja A dan B


Poli Paip 16mm

Silver Shine


Mikro Tiub 1mm


Dripper

Timmer

EC meter

T Valve

Sabut Kelapa atau Coco peat

Poly Bag Hitam

Potting Tray

1 HP Water Pump

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh pm terus

Pengenalan Sistem Fertigasi





Sistem Pengairan Fertigasi

Terdapat 3 jenis sistem pengairan utama yang biasa digunakan dalam sistem fertigasi. Tujuan utama sistem pengairan ini dicipta adalah untuk mengairi tanaman bersama dengan campuran cecair baja secara sekata dan intensif yang bertujuan untuk mengatasi titik pulang modal (Break Even Point) untuk sesuatu projek pertanian. Jenis sistem pengairan yang dimaksudkan ialah ialah sistem pengairan titis (Drip Irrigation System), sistem pengairan renjis (Sprinkler Irrigation System) dan sistem pengairan kabus (Fog/Mist Irrigation System). Ketiga-tiga sistem pengairan ini digunakan mengikut situasi projek pertanian.

Di antara faktor penentu sistem pengairan yang sesuai adalah iklim (suhu dan kelembapan), kesesuaian tanah (pH, Kos pengurusan nutrisi berdasarkan ukuran CEC tanah) dan jenis medium tanaman. Sekiranya peladang ingin melaksanakan projek pertanian berasaskan sistem fertigasi, faktor-faktor penentu ini perlu diambil kira untuk memaksimumkan margin keuntungan.

Dari segi sejarah, sistem pengairan titis merupakan salah satu daripada inovasi yang terpenting dalam sejarah agroteknologi. Penemuan ini dicetuskan oleh seorang jurutera hidrologi berbangsa Yahudi yang bernama Simcha Blass dan anaknya, Yeshayahu. Bapa mencetuskan idea manakala anaknya pula mencipta penitis. Adalah menjadi kebiasaan di mana kebanyakan teknologi penting di dunia dicipta di Israel atau oleh Yahudi seperti Lampu trafik, perakam video dan sebagainya. Sistem pengairan titis dipatenkan di Pejabat Paten Amerika Syarikat.

Sistem pengairan titis merupakan sistem pengairan yang paling berkesan dan efesyen kerana bekalan air dengan campuran baja dapat di salurkan terus ke akar pokok. Sistem ini mengelakkan penggunaan air yang berlebihan serta dapat mengatasi risiko kehilangan air ke udara disebabkan kemeluapan. Sistem ini boleh diaplikasi dengan menggunakan pen penitis atau pita titis. Pen penitis menyalurkan air melalui tiub mikro yang disambung dari paip sub di setiap lorong. Pen penitis boleh menyalurkan air ke dalam polibeg, ke atas batas atau di mana-mana sahaja yang dikehendaki kerana pen penitis ini disambungkan dari tiub mikro. Pita titis menyalurkan air melalui lubang-lubang halus (emitter) yang berada di sepanjang pita tersebut. Pita titis hanya boleh diaplikasikan di atas batas yang lurus, pokok ditanam terus di atas tanah. Kos sistem pengairan titis dengan menggunakan pen penitis lebih tinggi berbanding dari sistem pengairan titis dengan mengunakan pita titis, tetapi kedua-dua sistem ini mempunyai pro dan kontra.

Sistem pengairan renjis dan kabut adalah yang paling biasa digunakan. Sistem ini masih dipraktikkan begi memelihara kelembapan kawasan serta membekalkan air. Ia masih praktikal bagi membekalkan air yang sekata di kawasan permukaan yang padat seperti padang rumput dan pokok-pokok bunga. Pokok-pokok yang tidak tahan kepanasan adalah teramat sesuai.

Pereka sistem pengairan fertigasi memerlukan skil untuk mengira bajet dan kos air berpandukan jenis tanaman. Pereka juga perlu mengambil kira kapasiti, kuantiti dan kuasa sesuatu sistem. Kini, banyak perisian memudahkan perkiraan ini dan kebanyakan produk pita titis disertakan dengan perisian untuk pereka dengan percuma. Terdapat juga persamaan matematik yang dapat mengira Kadar Aplikasi (Application Rate) bagi menentukan tempoh pengairan yang diperlukan dan persamaan untuk mengira kadar konsentrasi baja yang diperlukan.