Friday, 9 September 2016

Panduan Menyemai Biji Benih Fertigasi

Bagi yang berminat untuk mengusahakan tanaman kaedah Fertigasi, ilmu kemahiran itu tidak lengkap sekiranya anda belum mengetahui cara menyemai biji benihnya. Menyemai biji benih merupakan langkah pertama yang harus dilakukan sebelum memulakan kaedah fertigasi memandangkan tempoh masa untuk biji benih ini bercambah agak lama sebelum dapat dipindahkan ke ber politin. 

Setiap tanaman mengambil tempoh masa yang berbeza untuk bercambah dan bersedia untuk dipindahkan ke beg politin. Bagi tanaman cili khasnya mengambil masa 4-7 hari untuk bercambah dan hanya boleh dipindahkan ke beg politin apabila berusia 21 hari atau 4-6 helai daun. Ini adalah untuk memastikan akarnya sudah cukup kuat.

Di bawah ini adalah panduan untuk menyemai biji benih Fertigasi. 



No comments:

Post a Comment